Anak Kedua Lebih Flaksibel

Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kategori anak kedua merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari, bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan. Namun disebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa.
Dapat dilihat, kebanyakan ibubapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anaksulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. Sikap ‘sedar diri’ ini membuatkan mereka mudah mengalah.
Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi  anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal. Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebab anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya. Disebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian  yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikapnya yang fleksibel.
Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri  mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi factor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negative oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif.
Manusia lahir dalam pelbagai karakter. Misalnya mereka yang lain pada bulan mac seorang yang mudah terasa, sensitive dan penyedih. Oleh itu jika ibubapa boleh memahami , mereka tidak akan  mengeluarkan kata-kata  keras kepada anak – anak walaupun tujuannya untuk mendidik.
Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibubapa dalam memudahkan mereka memahami  anak – anak. Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anak-anak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan tertentu. Secara logiknya juga , setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.

anak kedua dan lahir bulan mac....erm....

0 comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum.
-Jika suka entri ini silalah komen dan share ye.
-Pastikan komen anda tiada unsur-unsur lucah dan sensitif.
-Anda bertanggungjawab terhadap komen yang anda post.

Terima Kasih..:-)

 

Nasyid FM

Followers