Ngauman Harimau Malaya

Ngauman Harimau Malaya, itulah ungkapan yang wajar diberikan kepada skuad Harimau Malaya Olimpik..Mana taknya,aku sendiri telah menyaksikan semangat dan kegarangan Harimau Muda ini mengatasi rentak Skuad Olimpik Lubnan. Ngauman Harimau ini telah menyebabkan musuh terpaksa berputih mata disusuli dengan linangan air mata...ia tidaklah kejam jika dibandingkan dengan penantian hampir 31thn skuad Harimau untuk berada pada peringkat ini sejak kali terakhir terpaksa menarik diri ketika Kerajaan Malaysia memboikot tindakan soviet menyerang afganistan. Walaupun ia belumlah peringkat yang memastikan Harimau akan berada di London, tetapi sekurangnya ia sebagai pemula untuk bersaing ke arah itu. dengan kemenangan 2-1 ke atas Lubnan, makan bermulalah perjuangan sebenar skuad Harimau untuk merasai persaingan sebenar.

Tidak dinafikan undian yang akan berlangsung mmg suatu undian yg sangat mendebarkan di mana kesemua negara yg layak adalah negara gergasi. Mungkin berita layaknya skuad negara menjadi kegembiraan negara-negara gergasi tersebut, kerana siapa sahaja yg berada satu kumpulan dgn Malaysia mungkin dianggap sbg bertuah....Segala tanggapan murah tersebut haruslah menjadi suatu lonjakan buat Harimau Muda kerana tanggapan sama pernah didengar sewaktu Harimau tewas kepada Qatar 4-0 sewaktu persahabatan,manakala Lubnan menang ke atas Qatar 2-1. Mana mungkin Harimau mampu menang ke atas Lubnan, tetapi sebaliknya berlaku......Jadi saya sebagai Peminat Tegar Harimau Malaya yakin bahawa skuad ini adalah skuad masa depan yang sgt berbakat.....Tahniah diucapkan kepada semua rakyat Malaysia kerana kita bolehla rasa bangga dengan Malaysia.

P/s: Nasihat untuk rakyat Malaysia, tak payahlaa kita duk berdebat dan bergaduh dengan Indonesia lagi tentang bola sepak kita, kita skrg sdg bergerak lebih jauh berbanding mereka..biarkan mereka berkokok.....MALAYSIA BOLEH.....

0 comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum.
-Jika suka entri ini silalah komen dan share ye.
-Pastikan komen anda tiada unsur-unsur lucah dan sensitif.
-Anda bertanggungjawab terhadap komen yang anda post.

Terima Kasih..:-)

 

Nasyid FM

Followers