Tuan Guru Sokong Hari Kekasih???

Utusan Malaysia hari ini di halaman 5 menyiarkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan pendirian YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dikatakan berdiam diri berhubung isu Valentine's Day khususnya selepas kenyataan Karpal Singh yang dikatakan mendesak agar sambutan Hari Valentine's Day dibenarkan.

Sedarkah Mashitah bahawa YAB Tuan Guru telah mengeluarkan kenyataan pada hari Khamis, 9 Februari 2012 yang lepas bahawa Valentine's Day tidak boleh disambut dan mencadangkan agar diadakan sambutan Hari Suami Isteri? Dalam hal ini, pendirian YAB Tuan Guru telah jelas. Pendirian PAS ialah Valentine's Day dengan pengisian yang ada pada hari ini tidak boleh disambut oleh masyarakat Muslim.



Selama ni tiap-tiap tahun pada tarikh 14 Februari mesti ramai masyarakat Islam yang terjebak dalam sambutan hari Valentine. Walaupun kita dah banyak dengar tentang haramnya menyambut hari kekasih, tapi masih ramai anak muda waima pasangan suami isteri pun yang meraikannya.

Kalau dah Hari Kekasih tu mesti ramai pasangan bercinta yang excited untuk menyambutnya. Lepas tu banyak la kes-kes buang bayi dan sebagainya. Nanti kat berita mesti keluar pasal tangkap basah pada malam 14 Februari.

 Oleh sebab tu, Mentri Besar Kelantan Tuan Guru mencadangkan supaya digantikan hari mengingati kekasih kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan. Tujuan kerajaan PAS menjadikan sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan adalah bagi menggalakkan umat Islam menghayati kehidupan keluarga bahagia mengikut cara Islam.


Satu cadangan yang amat baik, sebab memang susah kita nak sekat sambutan hari kekasih ni memandangkan banyak iklan-iklan kat TV dan papers pasal Valentine. Kat TV siap ada program khas atau tayangan filem-filem romantik bagi sambutan hari tersebut. Memang umat Islam ramai yang terpengaruh sikit sebanyak.
Kalau kerajaan Kelantan berjaya melaksanakan sambutan Hari Suami Isteri, sekurang-kurangnya dapat membuang pengaruh Hari Valentine dari masyarakat orang Islam.

Kata Tok Guru Nik Aziz, “Ini selaras dengan matlamat kerajaan melancarkan kempen menggalakkan remaja melangsungkan perkahwinan  melalui program Gerbang Az-ziwaj yang diperkenalkan dua tahun lalu membabitkan 100 pasangan mengadakan perkahwinan secara berkelompok,” – dipetik dari Berita Harian Online.

Satu usaha yang baik untuk terus menghapuskan masalah sosial dalam masyarakat kita. Semoga cadangan Hari Suami Isteri ni akan mendapat sambutan dari seluruh negara, bukan kat Kelantan je.

Jika dilihat, bagaimana Menteri Besar sokong apa sahaja program berkaitan yg mengukuhkan agama Islam dan mendidik rakyat terutama remaja tentang cara hidup sebenar dalam Islam,walaupon berlainan ideologi politik. Ang sokong dan laksanakan agenda Islam sebenar, MB akan sokong dan puji...Tapi apa Masyitah nie dakwa???Jahatnya enti....

akuhanyalahabu:*anda nilai sendiri, fitnah dan realiti...fakta dan bukti sudah diberikan....Allahu AKhbar...

0 comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum.
-Jika suka entri ini silalah komen dan share ye.
-Pastikan komen anda tiada unsur-unsur lucah dan sensitif.
-Anda bertanggungjawab terhadap komen yang anda post.

Terima Kasih..:-)

 

Nasyid FM

Followers