Bernikah Di Masjid Menyimpang???


Ada terbaca dalam laporan berita yang memetik berkata amalan akad nikah di masjid adalah menyimpang dari amalan Rasulullah. Maka aku pun berusahalah untuk menggunakan perkhidmatan pakcik google mencari artikel2 berkaitan atau juga apa jua yang bersangkutan berkaitan dengan larangan tersebut. Aku mencari apakah maksud menyimpang, adakah makruh, di tegah, di larang atau di haramkan terus kerana amalan tersebut.

Teringat dalam senarai kawan di facebook ada juga seorang yang boleh dikatakan berpengetahuan dalam isu agama dan beliau cuba menjawab soalan aku dan memang aku amat bersetuju dengan penjelasan tersebut. Namun aku masih mencari lagi sumber2 lain untuk mengukuhkan lagi pemahaman berkenaan isu ini. Beliau mengulas dari sudut yang berbeza dan boleh baca seperti di bawah;

 Apabila Rasulullah S.A.W pernah menikahkan seorang wanita yang datang ke masjid, maka di sini hukum akad nikah di masjid adalah HARUS, bukan sunat atau haram. Untuk masakini, saya lebih cenderung kepada sebaik-baiknya akad nikah diadakan di rumah perempuan, kerana lebih mendekati sunnah dan dapat mengelakkan pelanggaran adab yang berlaku di dalam masjid. Seringkali, apabila berlaku akad nikah di masjid, terdapat yang mendedah aurat, bergaul bebas, tidak solat tahiyatul masjid. Tidak kurang juga yang merokok, kemudian diiringi hilai tawa dan percakapan sia-sia dalam masjid. Sebaik diakad nikah, pasangan melakukan acara membatal wuduk di dalam masjid. Amat tidak manis apabila si suami mencium isteri di khalayak ramai...lebih2 lagi di dalam masjid. Jika di rumah kan bagus? Itu belum termasuk, sebaik di akad nikah, suami isteri terus bersalaman tidak kira mahram atau tidak, kerana orang-orang yang hadir ke majlis itu belum dikenali dan diketahui status hubungannya. 

 Berdasarkan ulasan tersebut, setakat ini aku amat berpuas hati dengan ulasan tersebut. Jika ada antara pembaca yang mempunyai pengetahuan yang boleh berkongsi lagi bagus kerana masih lagi tercari2 jawapan yang lebih kukuh dari segi penjelasannya. Aku amat2 berharap sekiranya ada antara pembaca yang boleh berkongsi sekiranya tahu.

Apa kata Ustaz Azhar Idrus???

Berdasarkan hujah dari Ustaz Azhar, aku amat berpuas hati dengan penerangan tersebut yang mana tiada satu hadis pun mengatakan hukumnya haram akad nikah di masjid malah harus TETAPI dengan syarat hendaklah menjaga adab sopan dan tertib apabila di dalam masjid. Jika ada yang mengatakan kerana meniru kristian berkahwin di gereja maka kita tidak boleh berkahwin di masjid adalah pandangan yang sempit kerana adakah kita juga meniru orang kristian yang sembahyang di gereja? Adakah kita tidak boleh bersolat jemaah di masjid kerana meniru mereka sembahyang di gereja?

Jangan la pula di sebabkan kononnya nak ambil berkat maka kita bernikah di masjid tetapi melupakan tuntutan yang sebenarnya iaitu solat berjemaah. Alhamdulillah bagi yang menjadikan berjemaah sebagai satu amalan tetap, namun bagi yang belum sama2 kita cuba berubah ke arah kebaikan.

Sekian,Wallahua'lam...
Assalamualaikum...

Sumber: Blog Sekadar Berkongsi...

0 comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum.
-Jika suka entri ini silalah komen dan share ye.
-Pastikan komen anda tiada unsur-unsur lucah dan sensitif.
-Anda bertanggungjawab terhadap komen yang anda post.

Terima Kasih..:-)

 

Nasyid FM

Followers