Antara Agama dan Bangsa

Assalamualaikum...entri kali ini adalah tentang isu kepentingan memperjuangkan agama dan bangsa. Saya terpanggil untuk mengupas isu ini memandangkan terlihat satu status sahabat saya saudara Wawi di dalam Wall nya yang berbunyi.

."Aku perjuang Bangsa... Yes.. GPMS dan JATI... tp bukan mana2 politik.. apapun melalui dua komponen ini aku akan suarakan sebarang kepincangan dalam politik. Bukan atas dasar aku memihak pd mana2 parti. Tp atas dasar yang mana boleh menguggat.. Ingat..aku lebih kepada mempertahankan.. Yup.. aku akan RESISt jika ada mana2 yg menguggat apa yg dipertahankan. Demi Agama Bangsa Dan Negara.
[*Bangsa=Bangsa Melayu + Bangsa Malaysia; Negara Bangsa]"

Saya sedikit sebanyak paham akan maksud sahabat saya ini, mana tidaknya sekarang bermacam-macam isu berkaitan bangsa dan agama Islam yang berlegar dlam negara. Tetapi ada beberapa perkara yang saya nak gariskan iaitu komen yang lebih neutral. Pertama adalah JATI itu sendiri, adakah saudara mengakui bahawa saudara tidak menyebelahi mana-mana Parti dan dalam masa yang sama saudara mengambil medium JATI???Apa isu yang membolehkan JATI adalah neutral dan hanya mementingkan kepentingan agama dan bangsa???...Apa tindakan JATI dalam isu Konsert - konsert yg mendedahkan aurat??Isu Artis-artis mendedahkan aurat??dan banyak lagi...Banyak lagi medium yang saudara boleh follow seperti PERKIM, UNGGAS dan TABLIQ yg memang bebetul memperjuangkan agama...

Saya banyak memetik pasal agama dan secara tak langsung,mesti pembaca dan saudara akan kata saya tak mementingkan bangsa saya sendiri...baiklah ini hujah saya..

Kepentingan agama perlu didahulukan-kepentingan bangsa dan bahasa akan menyusul dengan sendirinya.Dimana kekuatan agama, bangsa dan bahasa? Adakah ketiga-tiganya satu atau terpisah? Jika persoalan ini dapat diselesaikan, maka perjuangan menegakkan islam, kepentingan Melayu dan bahasa, akan lebih jelas. Dan tentunya ini akan dapat mengurangkan konflik atau dilema yang kerap berlaku dalam usaha mendaulatkan agama, memperkuatkan bangsa dan memartabatkan bahasa.

Islam adalah pegangan hidup yang tertinggi mengatasai sebarang agama dan ideologi. Allah SWT berfirman:
“Dan Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa agama (sisitem hidup) yang sebenarnya untuk dimenangkan di atas segala bentuk agam (sistem hidup) selainnya, walaupun orang-orang yang syirik tidak menyukainya.” (As Saff: 9)
Ini diperkuatkan lagi oleh sabda Rasulullah SAW:
“Islam adalah tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.” (Riwayat Baihaqi dan Darul Quthni)
Dengan itu, mana-mana bangsa atau golongan yang benar-benar menjadikan Islam sebagai pegangan hidup, layak untk memperolehi ketinggian darjat selaras dengan ketinggian Islam. Allah SWT telah menegaskan hal ini melalui firmanNya:
“Jangan kamu berasa takut, jang kamu merasa gentar, engkaulah ummah yang tertinggi dan mulia jika kamu beriman.” (Ali Imraan: 139)
Tegasnya, bangsa yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup akan menjadi bangsa yang mulia. Mereka menjadi kuat kerana dengan Islam, mereka akan mendapat taqwa – satu kekuatan yang akan memuliakan manusia, tidak kira apa bangsa atau warna kulit sekalipun.
Bila satu-satu bangsa bertaqwa, maka Allah akan menjadi pembela dalam setiap usaha dan perjuangan mereka. Firman Allah:
“Allah menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 190)
Justeru itu tidak hairanlah, mana sahaja bangsa yang bertaqwa, Allah akan menjadikan mereka penguasa dunia. Firman-Nya:
Dan Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman di kalangan kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa sesungguhnya akan dijadikan khalifah yang berkuasa di muka bumi sebagaimana telah dijadikanNya khalifah yang berkuasa orang-orang sebelum mereka.” (An Nur: 55)
Baiklah,kita pergi ke sejarah...Ketetapan Allah ini tidak hnaya kepada bangsa Arab, malah, Turki, Mongol, Kurdi, Tartar dan lain-lain juga telah pernah menempa zaman keagungan masing-masing dengan Islam. Inilah rahsia kekuatan yang dibina oleh pemimpin-pemimpin yang bertaqwa di kalangan bangsa-bangsa itu, seperti Nabi Muhammad  dari kalnagn bangsa Arab, Muhammad Al Fateh dari bangsa Turki, Salahuddin Al Ayubi dari bangsa Kurdi dan Timurlame dari bangsa Tartar. Dengan mendaulatkan Islam, mereka menjadi bangsa yang kuat dan mulia.
 Bangsa Melayu juga tidak terkecuali daripada ketetapan Allah ini. walaupun bangsa Melayu belum pernah menjadi empayar bertaraf dunia, tetapi Islam telah etrbuktu memuliakan bangsa ini sejak kedatangannya ke NUsantara pada kurun ke-9 Masihi. Setelah menerima Islam, bansa Melayu telah mengalami revolusi dalaman yang merubah mereka menjadi mulia dan bertamadun. Islam telah membebaskan bangsa Melayu daripada kongkongan sistem kasta ajaran Hindu dan feudal,belenggu dongeng keprcayaan animisme, tahyul paganisme, lagenda dan mitos sihir.
Dengan kedatangan Islam, barulah bangsa Melayu dapat menikmati kemerdekaan jiwa dan fikiran berteraskan iman dan ilmu. Lalu dalam masa yang singkat sahaja, bangunlah mereka dengan kekuatan barunya itu, dengan tertegaklah beberapa kerajaan Melayu Islam berpengaruh di Asia Tenggara. Contohnya, kerajan Sriwijaya Islam (dalam bahasa Arabnya Sribudza Islam) yang berhubung rapat degan kerajaan Islam Bani Umayyah di Damsyik, kerajaan Melayu Melaka yang menjalin hubungan dengan Laksamana Cheng Ho (Haji Syed Ho) di China, kerajaan Acheh yang rapat dengan kerajaan Turki Usmaniahdan lain-lain. Kerajaan Melayu Islam ketika itu sentiasa dinaungi oleh empayar-empayar Islam yang lebih gagah didunia Islam yang lain.

Terbuktilah bahawa hasil perjuangan mendaulatkan Islam, bahasa Melayu telah mencapai martabatnya secara automatik. Bila kepentinagn agam didahulukan, kepentingan bahasa dan bangsa akan menyusul dengan sendirinya. Hasil pendaulatan Islam dari hujung Marauke di Timur Indonesia sehinggalah Pattani di selatan Thailand, hingga hari ini bahasa Melayu  menjadi bahasa pertuturan lebih dari 200 juta manusia,
Seperkara lagi, kedatangan Islam ke Alam Melayu juga membawa bersamanya Al Quran yang wajib dibaca dan difahami oleh umatnya. Dalam proses mempelajari AlQuran inilah bangsa Melayu dapat mengubahsuaikan huruf-huruf Arab untuk digunakan dalam menulis perkataan Melayu. Huruf-hurf inilah yang telah melahirkan tulisan jawi. Dengan adanya tulisan jawi, penggunaan bahasa Melayu semakin meluas dalan bidang pendidikan, ekonomi, perundangan, pehubungan antarabangsa dan kesusasteraan.
Jadi, terbuktilah bahawa Kepentingan mengutamakan agama adalah suatu yang mesti bagi kita supaya kita sama-sama dapat mengukuhkan Bangsa dan Negara kita..Keutamaan agama adaalah menyeluruh sejajar dengan Islam itu sendiri iaitu meliputi seluruh kehidupan kita...
Jadi sahabat, bagi saya ISLAM wajib diutamakan, dan MELAYU mesti di pertahankan dan NEGARA mesti dimajukan...
Sumber: Ustaz Pahrol, Sejarah Malaysia, Al-Quran dan Hadis....

0 comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum.
-Jika suka entri ini silalah komen dan share ye.
-Pastikan komen anda tiada unsur-unsur lucah dan sensitif.
-Anda bertanggungjawab terhadap komen yang anda post.

Terima Kasih..:-)

 

Nasyid FM

Followers