Mahasiswa dibenar berpolitik ???

Assalamualaikum sahabatku skalian...entri kali nie aku nak kongsi tentang satu isu yg sgt2 ditunggu oleh Mahasiswa IPTA/IPTS...mana tak nyer,setelah sekian lama golongan ini digam mulutnya melalui AUKU...tp skrg kerajaan akur dgn desakan golongan ini termasuk saya sendiri...kalu sebelum nie, kerajaan selalu sebut minda masiswa kita masih di kelas ke-3...masa zaman Pak Lah,die usaha wujudkan modal insan yg berjaya...sebenarnye pendapat aku, benda nie boleh dilaksanakan,tp mansuhkanlah AUKU tu..yela kalu ade AUKU, suara mahasiswa terhad dan tak leh lebih2...knp?takut apa?kalu kerajaan rasa mereka byk membantu rakyat dan tak de salah kpd rakyat buatpa nak gam depa nie....??cm takut ja...Kalu golongan ini boleh bersuara dan keluarkan pendapat2 yg bernas, ini akan membantu proses pembelajaran pelajar itu sendiri...mereka tidak suka2 nak ckp,mereka kaji,analisis dan menilai..bru mereka bg pendapat...bukan ini boleh membantu menjadikan seorang Modal Insan?


Ha sekarang kerajaan setuju untuk meminda AUKU dan bolehkan pelajar capai umur 21 thn utk sertai politik....hehehee..tp kan, sbnarnyer kalu buat servey, ramai yg tak nak tau langsung bab2 politik nie...tak nak amik kisah isu2 yg berbangkit...depa kata politik kotor, semua sama saja..malas nak fkr..buat hal sendiri jelaa...hahaha...aku tak salahkan depa,malah aku kesian...yela kalu buat tak tau ja, secara tak langsung golongan ini akan jadi mangsa pembohongan kuasa besar yg memerintah..dan pemikiran mereka akan sentiasa berada dalam kelas bawah...

kenapa aku kata cam tu?...sebab, kalu kita amik berat tentang isu2 tertentu,kita kan rasa ingin tahu dan secara tak langsung kita akan siasat atau menilai kesahihan isu itu(kalu nak menilailaa)...bila kita siasat,secara tak langsung kita kan dapat menguasai ilmu2 dan pengetahuan am yg sebelum ini kita tak tahu pon...

sebagai cth, isu baru2 nie tentang Mat Indera, sebelum ni mmg aku tak tahu sapa dia nie,yg aku tahu baca buku sejarah dan itu je buku yg betul dan sejarah yg betul...bila isu nie timbul,aku jadi nak tahu..jadi aku buat rujukan dan siasat....jadi pengetahuan aku dgn sejarah kalu amik skali lg konform gagal..hahah sebb sejarah yg da dlm buku teks bukan betul sgt pon....aku tak kata, tanya laa Tok Dek(Mahathir), muhiddin yasin dan org2 kuat kerajaan...hehhee...

Jadi kesimpulannya, mahasiswa mmg harus dibenarkan berpolitik dan suara mereka jangan disekat...sahabat2 fikir sendirila, kalu sebuah kerajaan itu mmg bertanggungjawab dan jadikan rakyat sebagai 'Bos', tiada rasuah,kezaliman,seleweng duit rakyat,adil....apa nak ditakutkan dengan suara rakyat atau mahasiswa???....melainkan mereka ada melakukan KESALAHAN yg ingin DISEMBUNYIKAN....biarkan rakyat dan mahasiswa bersuara, ada tak puas hati,jumpa golongan ini dan berbincang jalan penyelesaian,apa gune kementerian yg ada???....bukan dengan gam,penjara, dan buang u....kalu perkara dayus ini berlaku,mmg semua rakyat MALAYSIA akan tetap berada dalam golongan pemikiran bawahan.....tgk sejarah baliklaa,knp ramai tokoh2 dr Malaysia yg sangat disanjungi bukan sahaja dalam tetapi luar negara..kerana apa?kerana buah pemikiran mereka.....jadi,anda boleh fkr sendiri...ini sekadar pendapat saya,seorang mahasiswa dan rakyat Malaysia......Wassalam...

p/s...jgn lupa komen yer..nak tahu pendapat anda jugak pembaca...(ingat,pendapat x de salah dan x de betul)...

-akuhanyalahabu-

0 comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum.
-Jika suka entri ini silalah komen dan share ye.
-Pastikan komen anda tiada unsur-unsur lucah dan sensitif.
-Anda bertanggungjawab terhadap komen yang anda post.

Terima Kasih..:-)

 

Nasyid FM

Followers