Soalan Mid Aku yg Mencabar dan Lucu...

Salam,entri kali nie mmg best,nak kongsi dengan semua tentang Soalan Mid Exam Ekonomi aku yg mencabar dan agak lucu..mmg lec nie lucu pon..hehehe.....di bawah nie soalannya...hehehe...

SEM II 2010/2011
SEET2013 EKONOMI ANTARABANGSA
KUMPULAN B
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER
(30 markah)
Tarikh agih : Mulai 15 Mac 2011
Tarikh hantar : Sebelum atau pada 3.30 petang, 6 April 2011 (Rabu)

Arahan:
1. Kertas ini mengandungi SATU (1) soalan dalam EMPAT (4) mukasurat bercetak.
2. Jawapan hendaklah ditulis dalam ruang kosong yang disediakan.
3. Jawapan yang hantar selepas 3.30 ptg, 6 April 2011, akan diberi KOSONG
markah.

SOALAN (30 markah):

Negara A merupakan sebuah negara yang proses pengeluarannya (dua barang: X dan
Y; dua input: labor dan modal) adalah tertakluk kepada hukum pulangan marginal
yang berkurangan. Negara B pula merupakan negara yang masyarakatnya mempunyai
cita rasa yang sama seperti negara A, mengeluarkan barang X dan Y yang sama serta
mengalami pulangan marginal berkurangan dalam proses pengeluaran seperti negara
A; dan dengan dua input (labor dan modal) yang sama juga. Bagi kedua-dua negara,
pengeluaran barang X adalah intensif labor dan pengeluaran barang Y adalah intensif
modal.
Kerajaan negara B telah menawarkan perjanjian berdagang bebas dengan negara A.
Perdana menteri negara A berpendapat bahawa memandangkan cita rasa serta barang
yang dihasilkan oleh negara B adalah sama sepertinya, maka, negara A tidak dapat
mengaut apa-apa keuntungan daripada berdagang dengan negara B. Ketua parti
pembangkang negara A tidak setuju dengan pendapat ini dan mengatakan bahawa
negara A boleh mendapat keuntungan daripada berdagang dengan negara B.

Anda telah diupah oleh kerajaan negara A bagi mengkaji isu ini. Anda dikehendaki
menasihat kerajaan negara A dalam membuat keputusan: haruskah negara A
berdagang dengan negara B? Berikan justifikasi serta kualifikasi (qualification)
kepada jawapan anda.

Anda juga diingatkan bahawa disebabkan perdana menteri serta ketua parti
pembangkang negara A adalah terlalu sibut, mereka tidak suka membaca ayat yang
berpanjangan. Mereka suka melihat rajah-rajah. Maka, jawapan anda perlu dalam
bentuk rajah-rajah dengan tulisan yang tidak lebih DUA PULUH (20) perkataan.

Jawapan yang perkataan ke-21 dan atas, tidak akan disemak.
Perdana menteri serta ketua parti pembangkang negara A mengucapkan “selamat
mencuba” kepada anda!

Terbaik x soalan?..hehehe....jom kwn2 aku yg amik paper nie,kita kongsi jwpn...hehehe...test take home nie..hehehe....

0 comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum.
-Jika suka entri ini silalah komen dan share ye.
-Pastikan komen anda tiada unsur-unsur lucah dan sensitif.
-Anda bertanggungjawab terhadap komen yang anda post.

Terima Kasih..:-)

 

Nasyid FM

Followers