Kegembiraan Seorang Anak...

Assalamualaikum...tangan ini dah mula gatal nak menaip apa yg termaktub dalam hati...

13/12/2010-Hari ini tepat jam 2.30 petang, aku akan menduduki kertas yg terakhir dalam semester ini iaitu paper ODE(Odinary Diffrential Equation). Namun dalam kepala aku duk fikir angin yg bertiup dari kg aku..apa taknyer pagi ini Umi tersayang dan Baba yang dikasihi akan balik dari tanah suci Mekah,balik dari menunaikan ibadah haji...Kalau boleh mereka sampai jer nak terus peluk, yela Rasulullah galakkan kita berbuat begitu..Rindu di hati makin membara...

 *sekadar hiasan..

Apa yg aku tahu, aku nak jadi seorang anak yg mampu membanggakan Umi dan Baba aku serta keseluruhan keluargaku. Bukan mengharapkan balasan, tetapi apa yg aku harapkan hanyalah sebuah keluarga yg sangat bahagia. Allah telah anugerahkan sebuah famili yg sgt mulia. Bg aku, hanya tanda kesyukuran adalah dengan sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga..Senyum dan wajah kegembiraan Umi dan Baba bakal aku akan semadikan bersamaku selama-lamanya..Ya Allah, dengan kuasaMU yg maha pengasih lagi maha penyayang, berilah kekuatan kepadaku utk menjadi anak yg tabah dan kuat untuk menjaga keluargaku. Walau apa pon wajah keluargaku engkau anugerahkan,mereka adalah yg terbaik utk ku...Jadikanlah aku anak yg Soleh, x nak lg mengecekan sesiapa..Tunjukkanlah aku jalan kesyukuran yg engkau anugerahkan kepadaku...

*Teringat pantun yg pernah Umi bg kat aku masa darjah 2 kat Sabah dulu:

Kalau Pergi Ke Rumah Abu,
Jangan Lupa Membawa Pelita,
Kalau Rajin Taat Selalu Pada Ibu,
Tuhan Sayang Pada Kita.

 -AkuHanyalahAbu-

0 comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum.
-Jika suka entri ini silalah komen dan share ye.
-Pastikan komen anda tiada unsur-unsur lucah dan sensitif.
-Anda bertanggungjawab terhadap komen yang anda post.

Terima Kasih..:-)

 

Nasyid FM

Followers