Ulasan Artikel 1(Hab Pasang Kereta Perlu Kajian Telus)


ULASAN ARTIKEL: HAB PASANG KERETA PERLU KAJIAN TELUS(Berita Harian,Ekonomi,18 September 2010)
Dalam artikel yang bertajuk ‘Hab Pasang Kereta Perlu Kajian Telus’ ini, mengupas tentang MIDA yang sedang menilai permohonan dari lima syarikat automotif asing iaitu dari Jepun, Korea Selatan, India dan China yang berminat menjadikan Malaysia hab pemasangan kereta teknologi hijau. Sebelum perkara ini dipersetujui, Malaysia dinasihatkan agar menilai secara terperinci agar memastikan ia tidak hanya menguntungkan sebelah pihak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kerajaan Malaysia juga dinasihatkan supaya tidak tunduk kepada tuntutan syarikat luar negara, sebaliknya adalah menjaga kepentingan industri automotif tempatan.
 Oleh hal yang demikian, Ketua Pengarah MIDA, Datuk Jalilah Baba dilaporkan berkata, selaras Dasar Baru Automotif negara, syarikat asing terbabit hanya akan dibenarkan mengeluarkan kereta dengan kapasiti 1,800cc, supaya memastikan ia tidak memberi saingan kepada kereta nasional, khususnya Proton dan Perodua. Tetapi bila dilihat kepada daya saing, syarikat automatif negara masih berada pada tahap yang rendah berbanding negara-negara pengeluar utama industri automotif. Walaupun jika dilihat dari segi kedudukan kewangan Proton yang berada dalam kedudukan yang baik, namun pelan strategik baru untuk meningkatkan daya saing harus diperhalusi untuk dilakukan.
 Melalui kerjasama strategik dan perluasan pasaran Proton adalah jalan yang baik untuk meningkatkan permintaannya. Sebagai contoh, antara tahun 2001-2006, jumlah pelaburan terkumpul oleh syarikat-syarikat Malaysia di Indonesia adalah berjumlah US$5.6 billion, iaitu dalam sektor :-
-          Farmaseutikal
-          Kejuruteraan elektrik
-          Barangan getah
-          Automotif
Ini selaras dengan usaha kerajaan-kerajaan Asean yang telah memulakan proses integrasi Asean dengan mengenalpasti sektor keutamaan yang hendak digalakkan integrasi awal. Sektor Automotif adalah salah satu dari 12 sektor prioriti yang dikenalpasti dan dalam hala tuju bagi sektor automotif.
Usaha-usaha ini memperkukuhkan industri automotif Asean, sambil menyumbang kepada penyeragaman dari segi teknikal yang akan mula meningkatkan penerimaan produk-produk automotif di pasaran Asean.
Oleh kerana itu, Malaysia harus melihat peluang-peluang untuk masuk dalam mana-mana pasaran agar perluasan pasaran industri automotif itu dapat diperkembangkan. Terlalu menumpukan dan mengharapkan pasaran tempatan akan menyebabkan nilai inovatif sesuatu produk automotif tidak dapat menarik pasaran global. Dengan tidak mudah berpuashati dengan apa yang diperolehi, Malaysia harus sedar tentang usaha-usaha dan meningkatkan ekonomi negara boleh mendatangkan kejayaan dan kekayaan negara.
(Penulis adalah tahun akhir khusus Matematik Perniagaan. Sebarang komen amat digalakkan.)

1 comments:

  1. bagus artikelnya sob, kunjungi juga blog saya ya .. http://stafabandet.blogspot.com/

    ReplyDelete

-Assalamualaikum.
-Jika suka entri ini silalah komen dan share ye.
-Pastikan komen anda tiada unsur-unsur lucah dan sensitif.
-Anda bertanggungjawab terhadap komen yang anda post.

Terima Kasih..:-)

 

Nasyid FM

Followers